Polis mula siasatan Himpunan Hari Wanita 2024

Pada Ahad, polis memaklumkan akan memanggil penganjur Himpunan Hari Wanita 2024 di Ibu kota yang dianjurkan Sabtu lalu.
Pada Ahad, polis memaklumkan akan memanggil penganjur Himpunan Hari Wanita 2024 di Ibu kota yang dianjurkan Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memulakan siasatan berhubung penganjuran himpunan Himpunan Hari Wanita (WMMY) 2024 di ibu kota pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya berkata, pihaknya baharu menerima jawapan kepada permohonan 'order to investigate' daripada Timbalan Pendakwa Raya.

"Siasatan akan dimulakan dan keterangan pihak yang terlibat akan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Ahad, media melaporkan, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pada Sabtu, seramai 200 peserta berkumpul di luar sebuah kompleks beli-belah pada jam 9 pagi, sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Para peserta membawa pelbagai plakad, kain rentang serta bendera.

Pada 5 Mac lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, sebarang kesalahan yang dilakukan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: