Ramadan hadir ketika kebuluran melampau merebak di Gaza - UNRWA

RAMADAN yang disambut sebilangan besar umat Islam seharusnya menyaksikan gencatan senjata di Gaza, bukannya penderitaan berterusan, tegas Ketua Agensi Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini.
Menurut Lazzarini, 'kebuluran melampau' merebak dengan pantas di Gaza, manakala dua lagi rakyat Palestin mati kebuluran di utara Gaza menjadikan jumlah kematian akibat kekurangan 'zat makanan kepada 25 orang.
Kata beliau, bulan Ramadan di wilayah Palestin ini terus menyaksikan perpindahan berterusan dan ketakutan serta kebimbangan berlaku di tengah-tengah ancaman operasi ketenteraan di Rafah di titik paling selatan Gaza.
“Bulan ini sepatutnya membawa gencatan senjata kepada mereka yang telah lama menderita. Mereka memerlukan rehat dan ketenangan fikiran. Ia (gencatan senjata) sepatutnya sudah lama dilakukan,” katanya dalam hantaran di akaun X.
Tentera Israel memperhebatkan serangan di seluruh Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 15 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, di kem pelarian Nuseirat dan kawasan al-Mawasi di selatan Gaza.
Sementara itu, seperti kelazimannya, kehadiran Ramadan disambut meriah oleh umat Islam di Asia Barat termasuk di Palestin.
Wartawan Palestin, Omar al-Dirawi memuat naik video ke akaun Instagramnya yang menunjukkan kanak-kanak di pusat perubatan Deir el-Balah di tengah Semenanjung Gaza memukul periuk dan melambai bunga api kecil untuk berbunyi pada awal bulan suci umat Islam.
Kanak-kanak itu, dipindahkan dari rumah mereka akibat pengeboman Israel, kini berlindung di dalam hospital. - Agensi
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Seorang maut, 13 cedera dalam insiden rempuhan di majlis perkahwinan pempengaruh TikTok
01 November 2026 10:10pmRakyat Israel desak Netanyahu disingkir
01 November 2026 04:03pmHubungan Indonesia-Singapura kembali tegang
01 November 2026 03:58pmRasuah punca kehancuran negara – Prabowo
01 November 2026 03:14pm'Niat ke klinik hanya mahu MC, sekali disahkan kanser tahap tiga'
01 November 2026 11:42amMPV dinaiki empat sekeluarga dihempap lori tar, dua maut
01 November 2026 06:15pmPenyampai radio, DJ Akhiey meninggal dunia ketika dapat rawatan di hospital
01 November 2026 08:20pmSuami orang, rakan sekerja dicekup berkhalwat di resort
01 November 2026 11:33am
