Lebih 3,000 hadir kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' di Masjid Negara

Lebih 3,000 jemaah hadir Program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Negara pada Ahad. Foto FB Masjid Negara
Lebih 3,000 jemaah hadir Program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Negara pada Ahad. Foto FB Masjid Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 3,000 jemaah hadir kempen 'Geng Subuh Macam Jumaat' yang berlangsung di Masjid Negara di sini pada Ahad.

Pada kempen kali ini, selain orang ramai antara artis yang hadir ialah Alif Satar dan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38, Amir Jahari.

Alif Satar bersama jemaah yang menjayakan Program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Negara pada Ahad. Foto FB Masjid Negara
Alif Satar bersama jemaah yang menjayakan Program Solat Subuh Macam Jumaat di Masjid Negara pada Ahad. Foto FB Masjid Negara

Jemaah terdiri daripada anak muda, belia, wanita termasuk anak kecil hadir seawal jam 4.30 pagi lagi bagi mengikuti qiamullail sebelum diteruskan dengan solat Subuh berjemaah.

Masjid Negara dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, solat Subuh tersebut diimamkan oleh Syeikh Abdelrahman Taha Radhwan Eldesouky diikuti dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Yaakub Yusra.


Jemaah yang hadir diberikan sehelai baju jenama Airaz.
Jemaah yang hadir diberikan sehelai baju jenama Airaz.

"Turut hadir bersama Pengarah Kanan Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Ustaz Mohamad Kori Jusoh dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail.

"Masjid Negara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang serta para jemaah yang menjayakan program ini," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:


Antara jemaah yang menerima baju jenama Airaz.
Antara jemaah yang menerima baju jenama Airaz.

Dalam pada itu, jemaah yang hadir turut menerima sehelai baju jenama Airaz iaitu sebuah jenama baju sukan yang berkonsepkan Islamik.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28