Korea Selatan hantar notis gantung lesen doktor ingkar datang kerja

Doktor membawa banting berarak menuju Pejabat Presiden bagi menentang rancangan kerajaan meningkatkan kuota penambahan pelajar di sekolah perubatan. Foto AFP
Doktor membawa banting berarak menuju Pejabat Presiden bagi menentang rancangan kerajaan meningkatkan kuota penambahan pelajar di sekolah perubatan. Foto AFP
A
A
A

SEOUL - Korea Selatan akan melengkapkan penghantaran notis penggantungan lesen pertamanya kepada ribuan doktor yang berhenti kerja selepas memprotes rancangan kerajaan meningkatkan kemasukan sekolah perubatan.

Agensi Yonhap melaporkan, doktor yang menerima notis perlu mengemukan pandangan mereka selewat-lewatnya 25 Mac depan.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan lesen perubatan mereka digantung selama beberapa bulan.

Kira-kira 90 peratus daripada 13,000 doktor pelatih telah gagal melaporkan diri untuk bekerja pada akhir Februari yang ditetapkan oleh kerajaan.

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol merancang untuk meningkatkan pendaftaran sebanyak 2,000 orang setahun di sekolah perubatan daripada sejumlah 3,058 orang pada ketika ini.

Kerajaan berkata, perubahan itu diperlukan untuk mengisi kekurangan doktor dan menyokong sistem perubatan di negara. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: