Import baharu percaya Kedah mampu bersaing

Sukhrob Nurulloev. Foto KDA FC
Sukhrob Nurulloev. Foto KDA FC
A
A
A

PEMAIN import baharu Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sukhrob Nurulloev dari Uzbekistan tidak sabar untuk menghadapi cabaran baharu bersama kelab tersebut bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025.

Menurutnya yang menjuarai Piala Asia Bawah 23 Tahun bersama Uzbekistan pada 2018, Liga-M tidak asing buat dirinya kerana mendapat info daripada pemain-pemain yang pernah beraksi di sini.

“Ini bukan kali pertama saya ke Malaysia. Saya bermain untuk Uzbekistan bagi perlawanan antarabangsa di Kuala Lumpur sebelum ini.

“Saya mahu memberikan aksi terbaik membantu Kedah mendapatkan keputusan yang positif. Saya sukakan cabaran baharu dan percaya Kedah mampu bersaing dengan pasukan elit lain dalam Liga-M tahun ini,” katanya yang dipetik dari laman media sosial KDA FC pada Ahad.

Pemain berusia 26 tahun dan beraksi di posisi sayap itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada petang Sabtu.

Bekas pemain Nasaf FC itu disambut pihak pengurusan kelab KDA FC iaitu Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrul Samsudin; Ketua Jurulatih Liga Super, Nafuzi Zain dan Koordinator Pasukan, Ahmad Fauzi Saari.

Sukhrob mempunyai pengalaman yang luas di pentas antarabangsa bersama pasukan kebangsaannya termasuk kelab yang diwakilinya.

Pemain tersebut tampil dengan dengan 30 penampilan secara keseluruhan dengan satu gol serta empat bantuan gol direkodkannya di peringkat domestik bersama Nasaf FC.

Artikel Berkaitan:

Di pentas AFC pula, sebanyak dua gol direkodkan Sukhrob sepanjang enam penampilan dalam saingan tersebut sehingga membawa Nasaf ke pusingan 16 terbaik.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28