Empat imam Al-Azhar dijadualkan di masjid terpilih sepanjang Ramadan

Zulkifli
Zulkifli
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai empat imam dari Al-Azhar Al-Sharif, Mesir akan dijadualkan berada di masjid-masjid terpilih seluruh negara untuk memperdengarkan bacaan al-Quran dan memimpin solat tarawih sepanjang Ramadan ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, imam tersebut ialah anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar, Syeikh Saber Hosny dan Syeikh Ahmed Ibrahim Elmashad; Pensyarah Hadis Universiti Al-Azhar, Syeikh Dr Ahmed Mohammed Shebl serta pemenang pertandingan hafazan al-Quran Universiti Al-Azhar, Muhammad Musa Kasozi.

Menurutnya, penghantaran imam tersebut ke Malaysia adalah menerusi program Mubadarah Qurra’ al-Quran.

“Sukacita ingin saya maklumkan bahawa ulama besar Ahli Sunnah Waljamaah, Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Mohammad Ahmad Tayyib merangkap Pengerusi Majlis Hukama’ Al-Muslimin telah mengeluarkan ketetapan untuk bekerjasama bagi penghantaran ini.

“Selaku anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin yang diberi tanggungjawab oleh Syeikh Azhar bagi menguruskan program-program para imam ini di Malaysia, saya akan memaklumkan jadual mereka dalam masa terdekat.

“Segala perbelanjaan melibatkan pengangkutan, penginapan dan sebagainya adalah di bawah tajaan institusi ini yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, program tersebut adalah penzahiran hubungan yang erat sejak sekian lama antara Al-Azhar Al-Sharif, Majlis Hukama’ Al-Muslimin dan negara ini khususnya pihak kerajaan serta umat Islam di Malaysia.

“Semoga Al-Imam Al-Akbar Sheikh Prof Dr Mohammad Ahmad Tayyib dikurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk memimpin ummah.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga mendoakan agar hubungan Al-Azhar Al-Sharif dan Malaysia terus utuh bagi manfaat para pelajar dan umat Islam di seluruh negara,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Empat imam Al-Azhar dijadualkan di masjid terpilih sepanjang Ramadan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Ramadan #Solat #Tarawih #Masjid #Imam #Islam #Kerohanian

Asma Allah - Bonus Track - Sami Yusuf

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!