Budak 2 tahun maut dalam rompakan bersenjata di Thailand

Pasukan paramedik membantu seorang mangsa yang cedera dalam rompakan bersenjata di Lopburi semalam. - Foto AFP
Pasukan paramedik membantu seorang mangsa yang cedera dalam rompakan bersenjata di Lopburi semalam. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai barang kemas di tengah wilayah Lopburi, Thailand semalam.

Menurut polis, lelaki bertopeng melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan empat yang lain sebelum melarikan diri dengan barang kemas bernilai AS$16,500 (RM67,280).

"Pengawal keselamatan dan jurujual turut maut," katanya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penyerang dilihat memecah masuk premis berkenaan dan melepaskan tembakan sebelum melompat ke atas kaunter untuk mengambil barang kemas.

Pihak berkuasa turut menawarkan 100,000 baht (RM13,475) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek. - AFP

Artikel Berkaitan: