Cadangan jawatan fleksi untuk pembantu perubatan sedang diteliti

Lukanisman bercakap kepada pemberita selapas majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-13 bertemakan "Bakti Mulia, Masyarakat Sejahtera Aspirasi Malaysia Madani" pada Ahad. Foto Bernama
Lukanisman bercakap kepada pemberita selapas majlis Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-13 bertemakan "Bakti Mulia, Masyarakat Sejahtera Aspirasi Malaysia Madani" pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mewujudkan jawatan fleksi bagi pembantu perubatan terlatih supaya kekal berkhidmat dalam bidang kepakaran mereka sedang diteliti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, perincian dan kajian berkaitan cadangan itu telah dilaksanakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan sebelum dibawa ke JPA tahun lepas.

Pada masa kini, katanya, penempatan pembantu perubatan yang dinaikan pangkat adalah mengikut kekosongan perjawatan.

"Jika tiada kekosongan mereka terpaksa dipindahkan ke fasiliti atau bidang lain yang mempunyai kekosongan perjawatan dan perkara ini merugikan pihak KKM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Pembantu Perubatan ke-13 di sini pada Ahad.

Lukanisman berkata, pertukaran ke fasiliti atau bidang lain secara tidak langsung menjejaskan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan selamat kepada pesakit.

"Kita nampak satu sudut yang positif berkenaan hasrat ini dan berharap agar perjawatan fleksi ini sekiranya lulus akan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, gred-gred fleksi yang akan diwujudkan dalam bidang pengkhususan juga boleh membantu mengekalkan pembantu perubatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Dalam ucapannya, beliau berkata, pihak KKM telah menambah jaringan hubungan profesion bagi pembantu perubatan dengan beberapa negara luar termasuk Physician Associate di Kanada dan Australia serta pegawai klinik di Afrika Selatan.

Artikel Berkaitan:

"Melalui jaringan hubungan di peringkat global ini berjaya membuka ruang dan platform terbaik dalam mengiktiraf dan menambah baik profesion ini,” katanya dan menambah pengiktirafan itu juga menunjukkan pembantu perubatan di Malaysia setanding profesion lain di seluruh dunia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!