Gesa amal ajaran Islam dan tolak kebencian

Mohd Azmi Abdul Hamid
Mohd Azmi Abdul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersetuju bahawa tindakan beberapa pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang mencari populariti dan kurang sensitif menyebabkan sentimen kaum semakin memuncak.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan terbuka Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub hari ini mengenai wujudnya suasana yang semakin meruncing akibat kegagalan kerajaan menangani beberapa isu yang muncul adalah tepat.

“Pemimpin-pemimpin kaum nampaknya cepat memberi reaksi yang tidak mengambilkira perasaan antara kaum. Tokoh-tokoh politik nampaknya cuba menguasai pendapat umum namun merumitkan lagi suasana sehingga menjadi lebih tegang.

“Kami kesal kecenderungan beberapa pihak seperti Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang menolak agenda nasional dan sering mengaitkan sesuatu isu dengan sentimen perkauman serta kenyataan yang mencetus prasangka buruk kepada bangsa lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata Mohd Azmi lagi, oleh kerana keadaan yang semakin panas sekarang, isu yang sepatutnya diselesaikan dengan murah kini dijadikan isu yang berkait dengan perjuangan dan pertembungan antara kaum.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

“Kami menggesa semua pihak menghentikan penyebaran sentimen kebencian dan prasangka dalam komentar dan kenyataan sama ada dalam media arus perdana mahupun media sosial.

“Tindakan yang dilihat tidak seimbang oleh kerajaan dalam menangani isu berkaitan kepentingan sesuatu kaum sering mencetus rasa tidak puas hati di kalangan rakyat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Oleh itu, kata Mohd Azmi, umat Islam di semua peringkat disarankan kembali sepenuhnya kepada amalan Islam dan menjadi contoh kepada bukan Islam.

“Kami bersetuju kempen Sinar Harian untuk menghakis sentimen saling membenci antara kaum didokong oleh semua pihak dan semangat mengutamakan kesejahteraan dan keharmonian disuburkan seluas mungkin,” katanya.