Liaoning juara Piala Vivian May Soars

Pemain Liaoning Women's Hockey Team (LWHT) Wang Na (dua kiri) cuba merampas bola dari pemain Malaysian University pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Wanita di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama
Pemain Liaoning Women's Hockey Team (LWHT) Wang Na (dua kiri) cuba merampas bola dari pemain Malaysian University pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala TNB Wanita di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KELAB dari China Liaoning muncul juara Piala Vivian May Soars 2024 selepas menewaskan Malaysian University 3-0 menerusi penentuan pukulan penalti selepas terikat 1-1 pada aksi masa sebenar final di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Perlawanan bermula sengit apabila kedua-dua pasukan saling menguji kehebatan benteng pertahanan masing-masing yang menyaksikan suku pertama berakhir tanpa jaringan, namun Liaoning berjaya memecah kebuntuan gol selepas Wang Lihang meledak jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-44.

Selepas asakan bertali arus, Malaysian University yang dibimbing Lailin Abu Hassan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan di hujung perlawanan apabila Nor Asfarina Isahyifiiqa Isahhidun menyempurnakan penalti strok pada minit ke-55 sekali gus mengheret permainan ke penentuan pukulan penalti.

Pada penentuan itu, Wang Libin, Lihang dan Li Jiaqi masing-masing tenang menyudahkan pukulan penalti untuk mengesahkan kejuaraan pasukan bimbingan Ren Ye itu selepas Wei Yuanmeng gagal menemui sasaran pada pukulan pertama.

Malang buat Malaysian University yang muncul juara Piala Sumbangsih dan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024, apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad, Nor Asfarina dan Siti Nur Arfah Mohd Nor masing-masing gagal menyempurnakan pukulan penalti.

Sebagai rekod, ini merupakan kejuaraan mutlak pertama Liaoning selepas muncul juara bersama dengan Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) pada 2019 selepas final edisi itu dibatalkan susulan hujan lebat dan petir.

Sebelum itu, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat dimenangi PDRM Blue Warriors selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-0.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: