Thailand muncul juara MWBC 2023

Hatyaiwitayalai High School Marching Band muncul juara keseluruhan acara Marching Field Show MWBC 2023 menerima trofi daripada Muhammad Radhi.
Hatyaiwitayalai High School Marching Band muncul juara keseluruhan acara Marching Field Show MWBC 2023 menerima trofi daripada Muhammad Radhi.
A
A
A

ALOR SETAR - Pasukan pancaragam Hatyaiwitayalai High School Marching Band dari Thailand muncul juara keseluruhan bagi acara Marching Field Show dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (MWBC) 2023.

Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia (PPM), Profesor Dr Shahanum Md Shah berkata, pasukan tersebut turut membawa pulang empat anugerah sampingan, iaitu Konduktor Terbaik, Pakaian Seragam Terbaik, Brass & Winds Terbaik serta Perkusi Terbaik.

Menurutnya, konsep ‘paranormal’ yang dipertaruhkan serta latihan berterusan selama 45 hari ternyata memberi kelebihan untuk pasukan tersebut muncul juara biarpun pertama kali menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.

Shahanum dianugerahkan Tokoh Pancaragam Kebangsaan 2023 pada majlis tersebut.
Shahanum dianugerahkan Tokoh Pancaragam Kebangsaan 2023 pada majlis tersebut.

“MWBC dan Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (NATCOMP) 2023 menjadi medan pertandingan yang sangat mengujakan.

“Kita dapat lihat bakat-bakat cemerlang yang akan membentuk masa depan industri muzik pancaragam di negara kita. Tahniah kepada semua pasukan yang menyertai pertandingan ini dengan penuh semangat juang yang tinggi,” katanya di sini pada Isnin.

Hadir sama, Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, Muhammad Radhi Mat Din.

Shahanum berkata, pertandingan tersebut bukan hanya menyediakan platform untuk bersaing, tetapi turut menjadi tempat pembelajaran dan perkongsian pengetahuan.

Artikel Berkaitan:

“Kejayaan mereka adalah pengiktirafan kepada usaha keras dan komitmen mereka.

"Saya berharap acara ini akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar impian dalam bidang masing-masing," ujarnya.

Persembahan ‘paranormal’ pasukan pancaragam Hatyaiwitayalai High School Marching Band yang dinobatkan sebagai juara.
Persembahan ‘paranormal’ pasukan pancaragam Hatyaiwitayalai High School Marching Band yang dinobatkan sebagai juara.

Pasukan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist, Kuantan muncul naib juara MWBC 2023 bagi acara Marching Field Show, namun berjaya dinobatkan sebagai juara NATCOMP 2023 divisyen sekolah menengah dan terbuka.

Pasukan ini membawa pulang anugerah sampingan MWBC, iaitu Drum Major Terbaik, serta merangkul empat anugerah sampingan NATCOMP, meliputi Color Guards Terbaik, Brass & Winds Terbaik, Pakaian Seragam Terbaik, Drum Major Terbaik dan Konduktor Terbaik.

Bagi acara Drumline Battle MWBC, pasukan Voice of Percussion dari Kuala Lumpur menjuarai kategori keseluruhan apabila bertemu seterunya, Batteryheadz Percussion (Kuala Lumpur) dalam persaingan sengit, sementara Drum Corp Banda Aceh dari Indonesia di tempat ketiga.

Bagi acara Color Guards Berpasukan NATCOMP, pasukan tuan rumah dari Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) membawa pulang gelaran juara keseluruhan dan juara divisyen sekolah menengah, sementara bagi divisyen terbuka, pasukan Eximius Color Guard dari UiTM Cawangan Perak mendapat tempat pertama.

Pasukan MBUPN ‘Veteran’ dari Yogyakarta, Indonesia muncul juara kategori antarabangsa MWBC, namun tewas kepada KSAH dalam divisyen keseluruhan dan hanya menduduki tempat kedua, diikuti Eximius di tempat ketiga.

Shahanum memaklumkan, MWBC dan NATCOMP 2023 turut menyaksikan acara-acara lain seperti Color Guards Solo dan Duo serta Marching Street Parade.

Persembahan oleh pasukan pancaragam dari SMK (P) Methodist Kuantan.
Persembahan oleh pasukan pancaragam dari SMK (P) Methodist Kuantan.

“Bagi kategori Color Guard Solo MWBC, peserta antarabangsa dari Filipina, Mark Jaime Magaso muncul juara keseluruhan serta juara bagi kategori duo bersama pasangannya, Anthony Ian Damayo.

“Buat tahun kedua, NATCOMP sekali lagi perkenalkan kategori sekolah rendah bagi memberi peluang kepada pasukan pancaragam cilik disertai 11 sekolah rendah,” ujarnya.

Menurutnya, acara Marching Field Show NATCOMP kategori sekolah rendah dibolot pasukan tuan rumah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultanah Asma bagi divisyen dua dan SK Pendang menjuarai divisyen satu.

Pertandingan perarakan pancaragam (Marching Street Parade) yang diadakan sempena MWBC dan NATCOMP 2023 menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma memenangi tempat pertama peringkat kebangsaan (divisyen satu) sementara Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa memenangi divisyen dua dan juara keseluruhan.

Edisi ke-22 NATCOMP dan edisi ke-enam MWBC kali ini disertai 99 pasukan merangkumi 3,390 peserta dari dalam dan luar negara, iaitu Indonesia, Thailand dan Filipina.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!