Maut tertimbus tanah ketika kerja pemasangan paip

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang setelah ditimbus runtuhan tanah di Jalan Renggam- Bukit Benut di sini, pada petang Sabtu. - Foto Bomba
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang setelah ditimbus runtuhan tanah di Jalan Renggam- Bukit Benut di sini, pada petang Sabtu. - Foto Bomba
A
A
A

KLUANG - Seorang pekerja yang sedang melakukan kerja kimpalan paip bawah tanah maut setelah ditimbus runtuhan tanah di Jalan Renggam-Bukit Benut di sini, pada petang Sabtu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Penolong Penguasa Bomba, Nizar Mamun berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.34 petang, satu jentera FRT dengan kekuatan tujuh anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

"Setibanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati terdapat seorang mangsa tertimbus didalam runtuhan tanah ketika menjalankan kerja kerja kimpalan paip bawah tanah pada kedalaman lebih kurang tiga meter di tepi jalan.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang setelah ditimbus runtuhan tanah di Jalan Renggam- Bukit Benut di sini, pada petang Sabtu. - Foto Bomba
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang setelah ditimbus runtuhan tanah di Jalan Renggam- Bukit Benut di sini, pada petang Sabtu. - Foto Bomba

"Mangsa dikeluarkan dengan bantuan sebuah jentolak bagi kerja kerja pengalihan runtuhan tanah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Rostam Amiruddin Hassan, 59 disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: