Gelandangan antara isu 'legasi' Kuala Lumpur - Dr Zaliha

Zaliha turut serta operasi selamatkan gelandangan ibu kota pada awal pagi Sabtu.
Zaliha turut serta operasi selamatkan gelandangan ibu kota pada awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa turut serta dalam Operasi Bersepadu Menyelamatkan Gelandangan di Kuala Lumpur pada awal pagi Sabtu.

Zaliha berkata, operasi bersepadu itu melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain-lain.

Zaliha mendengar masalah gelandangan ibu kota.
Zaliha mendengar masalah gelandangan ibu kota.

Menurutnya, tujuan operasi diadakan adalah untuk menyelesaikan isu gelandangan yang merupakan salah satu daripada isu legasi di Kuala Lumpur.

"Operasi ini penting bagi mendapatkan data demografi gelandangan untuk digunakan bagi mengenal pasti punca dan solusi terbaik dalam membantu mereka mandiri, seterusnya keluar daripada belenggu gelandangan ini.

"Data ini juga akan membantu pihak kementerian dan agensi terlibat untuk menyemak semula keperluan dasar atau peraturan sedia ada, sekiranya terdapat keperluan," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.

Zaliha (dua dari kanan) mendengar keluhan salah seorang gelandangan yang diselamatkan.
Zaliha (dua dari kanan) mendengar keluhan salah seorang gelandangan yang diselamatkan.

Zaliha menerusi kenyataan sama turut meminta kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) mahupun mana-mana individu yang ingin menyalurkan bantuan makanan kepada gelandangan ibu kota menggunakan saluran yang betul.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ketiga-tiga lokasi khas ini diwujudkan sebagai inisiatif kawalan kepada kualiti makanan dan pada masa sama menjaga kebersihan di sekitar Kuala Lumpur.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!