Derita serangan strok, Sheqal terima sumbangan PM

Sheqal (kanan) yang popular menerusi lagi Cinta Nusantara pernah diserang strok sebanyak empat kali.
Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Sheqal (kanan) yang popular menerusi lagi Cinta Nusantara pernah diserang strok sebanyak empat kali. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan kepada seniman, Shahrin Salehuddin atau lebih dikenali sebagai Sheqal untuk urusan harian dan perubatannya.

Ahli Parlimen Tambun itu memberitahu bahawa sumbangan berkenaan disampaikan melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi yang berkesempatan menziarahi Sheqal.

Menurut Anwar, seniman yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara pada era 90-an itu, berkerusi roda kerana serangan strok sebanyak empat kali.

Ahmad Farhan (kiri) menyampaikan sumbangan daripada pihak Anwar kepada Sheqal yang kini berkerusi roda akibat menderita serangan strok. Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Ahmad Farhan (kiri) menyampaikan sumbangan daripada pihak Anwar kepada Sheqal yang kini berkerusi roda akibat menderita serangan strok. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan saudara Sheqal.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, insya-ALLAH,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Sabtu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: