PRIHATIN, SAM barakan semangat kembali ke sekolah

PRIHATIN, SAM barakan semangat kembali ke sekolah
PRIHATIN, SAM barakan semangat kembali ke sekolah
A
A
A

SEMPENA sesi persekolahan yang akan bermula Isnin ini, Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) meraikan 72 penerima juga anak-anak kepada 40 ahli SAM yang terpilih menerusi program Kasih Prihatin ‘back to school’.

Majlis berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Penchala, Kuala Lumpur, disempurnakan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

Turut hadi, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali dan Presiden SAM, Norismadi Abd Manap.

Dalam pada itu, Aizuddin berharap kerjasama antara PRIHATIN dan SAM dipergiat menerusi pelbagai lagi aktiviti dan program pada masa depan.

"Yayasan Prihatin sangat berbesar hati dapat menjalinkan kolaborasi sulung bersama SAM dan PRIHATIN berharap selepas ini lebih banyak program kerjasama antara SAM dan PRIHATIN dapat direalisasikan," kata Aizuddin.

Sementara itu, Presiden SAM, Norismadi berkata, beliau yang mewakili ahli-ahli SAM mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan PRIHATIN atas kesudian untuk bekerjasama dan meraikan ahli-ahli SAM.

"Program dan sumbangan yang diberikan pada hari ini membantu ahli SAM dalam menguruskan ekonomi keluarga masing-masing." katanya.

Sebagai rekod, PRIHATIN merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan bertujuan menyediakan pelbagai bantuan ke arah kehidupan yang lebih baik dan melibatkan tiga teras utama; pendidikan, keusahawanan dan kepimpinan.

Artikel Berkaitan:

PRIHATIN menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi impak luar biasa.