Justin Bieber derita penyakit lyme

Justin Bieber
Justin Bieber
A
A
A

HOLLYWOOD – Pendedahan penyanyi Hollywood terkenal, Justin Bieber bahawa dia menghidap penyakit lyme mengundang rasa sebak dalam kalangan peminatnya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dimuat naik Bieber, 25, di laman Instagramnya, dia kecewa dengan pelbagai tuduhan dan kecaman dilemparkan sesetengah pihak ketika dia sedang bertarung melawan penyakit tersebut sehingga mengalami depresi.

“Apabila terlalu ramai orang bercakap kehidupan saya tidak tentu arah, saya kelihatan seperti penagih dadah tanpa mereka sedari sebenarnya saya telah didiagnos menghidap penyakit lyme.

“Bukan itu sahaja, ia menjadi lebih parah apabila penyakit tersebut turut memberi kesan kepada kulit, tenaga dan tahap kesihatan saya,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, menurut penyanyi lagu Yummy itu, dia akan berkongsi mengenai perjuangannya melawan penyakit itu yang tidak mempunyai penawar menerusi sebuah dokumentari yang akan dimuat naik di laman YouTube pada 27 Januari nanti.

Perkongsian gambar selebriti terkenal itu kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan penyakit yang dihidapi Bieber.
Perkongsian gambar selebriti terkenal itu kini tular di media sosial dan rata-rata netizen bersimpati dengan penyakit yang dihidapi Bieber.

“Segala persoalan yang bermain di fikiran anda mengenai penyakit ini akan terjawab menerusi siri dokumentari yang akan saya muat naik ke YouTube tidak lama lagi. Mungkin dengan itu anda akan belajar bagaimana saya melawan penyakit tersebut.

“Ya, mungkin beberapa tahun kemalangan ini amat sukar namun rawatan yang betul akan membantu saya menjadi lebih sihat,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Penyakit lyme boleh menjangkiti manusia dan haiwan melalui kutu yang boleh menyebabkan lumpuh dan kerosakan jantung yang teruk.

Bieber bukanlah artis pertama yang menghidap penyakit tersebut kerana sebelum ini pelakon dan model terkenal, Yolanda Foster juga pernah mendedahkan dirinya menghidap penyakit yang sama.

Dalam pada itu, perkongsian selebriti terkenal itu kini tular dan rata-rata netizen bersimpati dengan penyakit yang dihidapi Bieber dan mendoakan agar artis tersebut tabah serta diberikan kesembuhan.

“Semoga awak sentiasa kuat menghadapi penyakit lyme, Justin. Saya doakan supaya penyakit awak cepat sembuh dan awak jangan tertekan dengan cakap orang lain. Abaikan mereka,” kata Alzan Rame di Instagram.