Arafah #QuranHour lahirkan ejen perubahan dalam kalangan ummah

Majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: "Syukur Membina Takwa" yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu pada Rabu. (Gambar kecil: Marhaini)
Majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: "Syukur Membina Takwa" yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu pada Rabu. (Gambar kecil: Marhaini)
A
A
A

KOTA BHARU - Arafah #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di seluruh negara termasuk tanah suci Makkah bakal menjadi ejen perubahan dalam kalangan ummah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusoff berkata, menjadi harapan agar para jemaah haji yang pulang ke tanah air nanti atau alumni mempunyai pemikiran 'Syukur Membina Takwa'.

"Kita mahu agar mereka menjadi ejen perubahan dalam masyarakat kerana mereka telah dilatih di Makkah dan Madinah melalui ibadah haji.

"Jadi kita berharap mereka menjadi penyebar kebaikan di Malaysia," katanya pada Majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: "Syukur Membina Takwa" di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot pada Rabu.

Menurut beliau, disebabkan itu pihaknya menganjurkan program berkenaan bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada jemaah haji serta alumni sebelumnya.

Kehadiran peserta yang menjayakan Majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: 'Syukur Membina Takwa' yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu pada Rabu.
Kehadiran peserta yang menjayakan Majlis Arafah #QuranHour 1444H Tema: 'Syukur Membina Takwa' yang diadakan di Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, Kota Bharu pada Rabu.

Ujarnya, ia akan diperluaskan kepada pengendali umrah, haji supaya mereka juga memperjuangkan konsep 'Syukur Membawa Takwa'.

Marhaini berharap semangat itu bukan sahaja fokus kepada alumni haji tapi turut melibatkan 31,600 jemaah dari Malaysia yang sedang berada di tanah suci sekarang.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Arafah #QuranHour diadakan di 18 lokasi seluruh negara iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

"Program berinteraksi al-Quran melalui baca, faham dan amal ini memfokuskan kepada Surah Al-Insan dan Al-Hajj sebagai panduan untuk mengajak manusia untuk sujud, bersyukur, dan bertakwa kepada ALLAH SWT," katanya.