AS tiada maklumat tepat rancangan Soleimani

Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan dron AS di Baghdad, Iraq pada Jumaat lalu.
Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan dron AS di Baghdad, Iraq pada Jumaat lalu.
A
A
A

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat tepat berhubung plot serangan kepentingan AS di Iraq oleh komander kanan Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral Qasem Soleimani.

"Kami tidak tahu bila dan di mana Soleimani mahu melancarkan serangan itu, tetapi apa yang kami tahu dia memang merancang sesuatu yang dahsyat.

"Apa pun kami telah mengambil tindakan yang betul. Presiden juga ambil keputusan yang tepat," katanya.

Trump sebelum ini menuduh Soleimani sebagai pengganas dan merancang meletupkan Kedutaan AS di Baghdad.

Tuduhan itu dibuat selepas serangan roket terhadap pangkalan tentera AS di Iraq oleh militan disokong Iran pada Disember lalu yang membunuh seorang kontraktor AS.

Trump berkata insiden itu diatur oleh Soleimani. - Agensi

Artikel Berkaitan: