Sarapan sekampung sambut ketibaan Ramadan

Penduduk ceria bersama pada program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn.
Penduduk ceria bersama pada program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn.
A
A
A

PONTIAN - Menjelang Ramadan, penduduk kampung di Parlimen Pontian menyambutnya dengan cara tersendiri iaitu dengan mengadakan sarapan sekampung di Kampung Parit Dato Onn.

Sarapan sekampung cukup unik kerana penduduk membawa sendiri juadah seperti lempeng, serabai, sambal tumis, kuih bakar dan putu ayu di dalam mangkuk tingkat atau tepen.

Acara yang dihadiri lebih 300 orang itu dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan bacaan doa selamat.

Misliah menunjukkan mangkuk tingkat berisi juadah yang dimasak sendiri untuk dinikmati bersama penduduk lain.
Misliah menunjukkan mangkuk tingkat berisi juadah yang dimasak sendiri untuk dinikmati bersama penduduk lain.

Pengerusi penganjur, Misliah Yakin berkata, sarapan sekampung cukup menarik kerana masing-masing mengambil peluang bersedekah dengan membawa makanan diisi di dalam mangkuk tingkat untuk dikongsi bersama.

"Sarapan sekampung mampu mengeratkan hubungan penduduk selain sebagai tanda kesyukuran sempena Ramadan yang akan tiba.

Sarapan sekampung yang diadakan di Kampung Parit Dato Onn, Pontian pada Sabtu.
Sarapan sekampung yang diadakan di Kampung Parit Dato Onn, Pontian pada Sabtu.

"Acara secara santai ini turut dimeriahkan dengan pertunjukan membuat menu tradisi masyarakat Bugis yang sering menjadi pilihan pada Aidilfitri iaitu burasak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Misliah memberitahu acara yang julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Wanita UMNO Bahagian Pontian, Yayasan Pembangunan Pontian (YPP) dan UMNO Cawangan Parit Dato Onn.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan isteri, Datin Noraini Sulaiman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan.

Ahmad (tengah) bergambar bersama penduduk ketika program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn, Pontian pada pagi Sabtu.
Ahmad (tengah) bergambar bersama penduduk ketika program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn, Pontian pada pagi Sabtu.

Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, sarapan sekampung akan diteruskan ke kampung-kampung lain selepas bulan Ramadan.

“Saya melihat program ini sejajar dengan slogan ABCD iaitu Pontian yang Akrab, Pontian yang Berjaya, Pontian Ceria dan Pontian Diberkati dalam Parlimen Pontian.

Pertunjukan membuat burasak turut diadakan ketika program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn Pontian.
Pertunjukan membuat burasak turut diadakan ketika program Sarapan Sekampung di Kampung Parit Dato Onn Pontian.

"Sarapan sekampung merupakan komponen Pontian Ceria, di mana mereka datang membawa sarapan untuk dikongsi bersama manakala minuman disediakan oleh penganjur," ujarnya.

Bagi peserta, Hasnah Ahmad, 53, dia membawa lempeng kelapa, serabai dan kuih bakar yang dimasaknya di rumah untuk dinikmati bersama rakan-rakan.

Hasnah
Hasnah

"Memang seronok dapat bertukar-tukar juadah sarapan pagi. Selain menggamit kenangan penggunaan mangkuk tingkat yang popular dalam kalangan orang kampung.

"Acara ini perlu diteruskan kerana dapat merapatkan silaturahim penduduk selain sebagai tanda kesyukuran dengan berkongsi rezeki," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28