Gencatan senjata di Gaza 'sukar' menjelang Ramadan

Anggota tentera Israel berjaga-jaga ketika umat Islam Palestin menunaikan solat Jumaat Zohor di sebuah jalan di timur Baitulmaqdis. Foto AFP
Anggota tentera Israel berjaga-jaga ketika umat Islam Palestin menunaikan solat Jumaat Zohor di sebuah jalan di timur Baitulmaqdis. Foto AFP
A
A
A

ROSE VALLEY, AMERIKA SYARIKAT - Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat memberi bayangan bahawa 'sukar' untuk meraih gencatan senjata antara Israel dan Hamas menjelang Ramadan.

"Ia kelihatan sukar," kata Biden kepada pemberita apabila ditanya sama ada perjanjian untuk menghentikan konflik yang berlangsung lima bulan itu boleh dicapai menjelang Ramadan beberapa hari lagi.

Malah, Biden turut mengulangi kebimbangan yang disuarakannya pada minggu lalu mengenai kemungkinan berlaku keganasan di timur Baitulmaqdis, wilayah diduduki Israel.

"Saya pastinya bimbang mengenai kemungkinan keganasan di Baitulmaqdis timur yang dikuasai Israel ketika Ramadan semakin hampir.

"Seperti mana saya katakan sebelum ini, tanpa gencatan senjata sebelum Ramadan, Israel dan Baitulmaqdis boleh menjadi kawasan yang sangat, sangat berbahaya," ujarnya.

Sebelum itu, sayap bersenjata Hamas menggesa penyokongnya untuk bergerak ke arah pekarangan Masjid al-Aqsa di timur Baitulmaqdis, tempat berlakunya keganasan ketika Ramadan pada tahun-tahun lalu.

Jurucakap Briged Ezzedine al-Qassam, Abu ObeidaHamas berkata, tidak akan ada tolak ansur terhadap tuntutannya supaya Israel berundur dari Gaza bagi mendapatkan pembebasan tebusan yang diculik Hamas.

"Keutamaan kami untuk mencapai perjanjian pertukaran tahanan adalah komitmen sepenuhnya bagi menghentikan pencerobohan dan pengunduran musuh, dan tidak ada kompromi dalam hal ini.

Artikel Berkaitan:

"Hamas juga mahu ketenangan untuk rakyat kami, kepulangan orang yang kehilangan tempat tinggal dan pembinaan semula," tegasnya dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Perkembangan terbaharu itu memburukkan lagi nasib penduduk Gaza yang kini menjadi pelarian dan hampir kebuluran akibat sekatan kemasukan bantuan oleh Israel.

Situasi itu juga menampakkan harapan semakin malap untuk gencatan senjata baharu dalam perang antara Israel dan Hamas yang tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu. - Agensi