Treler bawa muatan getah asli terbakar

Anggota yang dari BBP Raub memadamkan kebakaran dalam kejadian treler muatan getah asli terbakar di Lebuhraya Lingkaran Utama dekat susur keluar ke Batu 3 menghala Lipis pada Jumaat. - Foto: JBPM
Anggota yang dari BBP Raub memadamkan kebakaran dalam kejadian treler muatan getah asli terbakar di Lebuhraya Lingkaran Utama dekat susur keluar ke Batu 3 menghala Lipis pada Jumaat. - Foto: JBPM
A
A
A

RAUB - Sebuah treler membawa muatan getah asli untuk membuat tayar musnah akibat kebakaran di Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat susur keluar ke Batu 3 menghala Lipis pada Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit pada jam 10.39 malam dan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota terlibat membuat pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba dan air tangki pam jentera water tanker sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

"Operasi pemadaman mengambil masa masa lama disebabkan tiada punca air dan terpaksa berulang-alik untuk mengambil air sejauh dua kilometer. Keadaan api terkawal pada jam 3.59 pagi dan operasi tamat jam 4.21 pagi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: