Aura Henderson untuk Euro 2024 masih nyala

Jordan Henderson Foto AFP
Jordan Henderson Foto AFP
A
A
A

JORDAN Henderson percaya dia masih mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan kepada kecemerlangan masa depan skuad bola sepak England.

Malah Henderson berharap prestasinya bersama gergasi Liga Belanda, Ajax Amsterdam membolehkannya mendapat tempat dalam skuad kendalian Gareth Southgate untuk Euro Jerman 2024.

Henderson menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq dari Liverpool pada Julai sebelum menamatkan kontraknya kemudian menandatangani kontrak dengan Ajax pada Januari.

Southgate berada di tempat penonton di Arena Johan Cruyff bulan lalu ketika pemain tengah berusia 33 tahun itu membuat penampilan sulung ketika Ajax seri 1-1 menentang PSV Eindhoven dalam aksi liga.

“Seronok melihat dia (Southgate) memerhatikan saya

“Saya perlu fokus pada tugas di sini dan jika saya melakukannya dengan baik dan beraksi dengan baik maka itu memberi saya peluang terbaik untuk menyertai skuad England.

“Saya pasti boleh menawarkan sesuatu kepada pasukan kebangsaan. Sudah tentu saya rasa boleh membantu skuad untuk mara lebih jauh seterusnya,” kata Henderson kepada pemberita menjelang perlawanan Pusingan 16 Terbaik Liga Konferensi Europa menentang Aston Villa.

England diundi dalam Kumpulan C akan berdepan Serbia (17 Jun) diikuti Denmark (21 Jun) sebelum melabuh cabaran kumpulan menentang Slovenia 26 Jun.

Artikel Berkaitan:


INFO

Liga Konferensi Europa

Pusingan 16 Terbaik

Perlawanan Pertama

SK Sturm Graz lwn Lille Olympique Sporting Club, 1.45 pagi

Olympiacos FC lwn Maccabi Tel Aviv FC, 1.45 pagi

Molde FK lwn Club Brugge KV, 1.45 pagi

Ajax Amsterdam lwn Aston Villa, 1.45 pagi

Royale Union Saint-Gilloise lwn Fenerbahce SK, 4 pagi

Servette FC lwn FC Viktoria Plzen, 4 pagi

Dinamo Zagreb lwn PAOK Thessaloniki, 4 pagi

Maccabi Tel Aviv FC lwn ACF Fiorentina, 4 pagi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28