Wang dipindahkan ke akaun bank pengadu sendiri - TH

Laporan Sinar Harian pada Khamis.
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati dakwaan seorang pendepositnya yang kononnya mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas wang dalam akaun TH miliknya dipindah ke akaun milik orang lain adalah tidak benar.

Bahagian Komunikasi Korporat TH berkata, ia kerana wang yang didakwa hilang itu sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun bank milik pendeposit sendiri.

Kenyataan media TH pada Khamis.
Kenyataan media TH pada Khamis.

"Merujuk kepada dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Seorang bekas pegawai kanan kerajaan terdahulu dilapor mendakwa mengalami kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.

Dakwa bekas Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Jabidah Monseri, 66, wang itu dikeluarkan dengan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018 dan kehilangan wang berkenaan hanya disedarinya pada 30 November lalu.

Ia disebabkan selepas bersara pada 2017, Jabidah ditawarkan jawatan baharu sebagai Pengerusi UNIMAS Holdings iaitu anak syarikat milik Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyebabkan beliau sibuk dan tidak mengemas kini akaun TH miliknya.

Bagaimanapun, pengadu terjumpa semula buku akaunnya pada November tahun lalu dan mengemas kini akaun itu di pejabat TH Kuching.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!