Integriti teras penting dalam budaya kerja Exim Bank

Charon Wardini (tiga kanan) dan Ahmad Shukri (empat kiri) kerika melawat reurai Rasuah Busters
Charon Wardini (tiga kanan) dan Ahmad Shukri (empat kiri) kerika melawat reurai Rasuah Busters
A
A
A

KUALA LUMPUR - EXIM Bank Malaysia percaya integriti merupakan suatu nilai teras penting dalam setiap keputusan dan tindakan dalam menetapkan budaya kerja organisasi berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Charon Wardini Mokhzani berkata, ia perlu dilaksanakan dengan akauntabiliti, amanah, telus, tiada konflik berkepentingan, bebas unsur salah guna kuasa serta mematuhi setiap peraturan, garis panduan dan undang-undang sedia ada.

Charon Wardini (depan sekali) mengetuai Ikrar Bebas Rasuah EXIM Bank
Charon Wardini (depan sekali) mengetuai Ikrar Bebas Rasuah EXIM Bank

Jelasnya, penghayatan nilai integriti juga harus bermula daripada pengurusan tertinggi yang memainkan peranan penting dalam menetapkan budaya kerja organisasi secara keseluruhannya.

"Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan seharusnya menjadi contoh dan tauladan, serta memahami kepentingan nilai-nilai teras terutamanya di EXIM, iaitu 'Accountability, Efficiency, Integrity, Openness, dan Teamwork'," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah serta Perasmian Pelan AntiRasuah Organisasi (OACP) di sebuah hotel di ibu negara pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Shukri Muhamad Taib.

Ikrar Bebas Rasuah ini dijalankan secara sukarela.
Ikrar Bebas Rasuah ini dijalankan secara sukarela.

Artikel Berkaitan:

Sesi majlis bermula dengan taklimat disampaikan wakil Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ps Thilak Munusamy.

Dalam pada itu, Charon Wardini berkata, Ikrar Bebas Rasuah itu dijalankan secara sukarela dan secara dasarnya adalah sebuah aku janji dibuat agar semua kakitangan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas harian secara berintegriti.

"Kedua, kami turut melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) iaitu sebuah dokumen strategik dalam mengendalikan isu rasuah dan hal-hal berkaitan integriti dan tadbir urus.

"Ia memberikan panduan supaya semua kakitangan dapat menambah baik sistem kawalan bagi mengesan dan mencegah perbuatan sogokan dan amalan rasuah dalam EXIM Bank," ujarnya.

Ujarnya lagi, EXIM Bank juga akan melancarkan pensijilan ISO37001:2016 Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) yang telah mendapat pensijilannya daripada SIRIM pada 12 Oktober 2022.

"Pelan OACP dan pensijilan ABMS ini melambangkan sokongan EXIM terhadap usaha berterusan kerajaan dalam memerangi rasuah melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 atau "NACP" dan melalui ABMS, pihak EXIM telah mencapai penetapan standard antarabangsa serta untuk melindungi bank daripada liabiliti korporat di bawah peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!