Sewa rumah RM1,000 sebulan 'simpan' PATI

Seramai 34 PATI termasuk empat wanita berusia lingkungan 21 hingga 61 tahun ditahan.
Seramai 34 PATI termasuk empat wanita berusia lingkungan 21 hingga 61 tahun ditahan.
A
A
A

RAWANG - Polis menggempur sebuah rumah yang disewa sindiket untuk dijadikan sebagai rumah transit pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kundang, di sini, pada Rabu.

Serbuan kira-kira jam 6 petang itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, operasi ini berjaya menahan 34 PATI termasuk empat wanita berusia lingkungan 21 hingga 61 tahun.

Polis menggempur sebuah rumah transit PATI di Rawang, Selangor pada Rabu.
Polis menggempur sebuah rumah transit PATI di Rawang, Selangor pada Rabu.

"Pemeriksaan mendapati tangkapan membabitkan 27 warga Bangladesh dan tujuh Myanmar.

"Siasatan mendapati tiga lelaki warga Bangladesh dipercayai berperanan sebagai penjaga dan transporter," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, premis merupakan sebuah rumah yang disewa dengan bayaran RM1,000 sebulan dan telah beroperasi kira-kira tiga bulan.

Katanya, rumah transit atau penampungan itu didapati dijadikan tempat migran yang keluar dan masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu melalui jalan sempadan Thailand - Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, fokus operasi adalah membanteras aktiviti penyeludupan migran yang memasuki Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Akta Pasport 1966 serta Akta Imigresen 1559/63.

End

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!