Bursa Malaysia dibuka meningkat seiring prestasi Wall Street

Pada jam 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam. Gambar hiasan
Pada jam 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam. Gambar hiasan
A
A
A

BURSA Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif apabila mencatat peningkatan, seiring prestasi semalaman Wall Street ketika sentimen terus pulih susulan ulasan bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengenai penurun kadar faedahnya.

Pada jam 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.19 mata kepada 1,531.70.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 184 berbanding 137 manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 29 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 196.73 juta unit bernilai RM90.34 juta.

Dalam pada itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell menerusi keterangannya di Kongres selama dua hari bermula semalam, dilaporkan berkata bahawa kadar faedah akan dikurangkan tahun ini walaupun kos pinjaman kekal tinggi di masa depan.

Susulan itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat bahawa bursa tempatan akan mengalami peningkatan, didorong oleh petunjuk berdasarkan prestasi lebih baik di AS.

"Justeru, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,530-1,540.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, harga minyak sawit mentah diniagakan melebihi paras RM4,000 satu tan yang mungkin menjadi tarikan minat berterusan terhadap sektor perladangan," katanya kepada Bernama.

Perkembangan itu berlaku ketika Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dijadual membuat pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) lewat petang ini.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM9.66; CIMB untung tiga sen kepada RM6.54; Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok empat sen kepada RM4.34 dan RM7.0 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.16.

Bagi saham aktif, MMAG Holdings meraih 1.5 sen kepada 12 sen; Velesto Energy naik setengah sen kepada 27.5 sen; Thriven Global meningkat 2.5 sen kepada 13 sen; TWL Holdings tidak berubah pada 3.5 sen dan Land and General sebaliknya susut setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas mengukuh 31.72 mata pada 11,392.45; Indeks FBMT 100 naik 32.73 mata kepada 11,059.18; Indeks FBM Emas Shariah meraih 22.32 mata kepada 11,388.24 dan Indeks FBM 70 menokok 23.89 mata kepada 15,335.49 dan Indeks FBM ACE Index turun 3.78 mata kepada 4,677.66.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 60.01 mata kepada 17,291.83; Indeks Perladangan menambah 26.31 mata kepada 7,246.35, Indeks Tenaga naik 1.75 mata kepada 897.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.20 mata kepada 174.61. - Bernama