Orang lain nak bercerai, kita pula yang berlebih-lebih

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ORANG zaman sekarang ini mudah sungguh untuk tersinggung perasaannya hanya kerana perkara-perkara yang tiada kaitan dengan diri mereka.

Mengapa Merak Jalanan kata begitu? Dua hari lepas, kecoh di media sosial madu yang pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia ini, khabarnya sedang dalam usaha untuk berpisah dengan suami mereka.

Si isteri kedua yang putih gebu itu memang tak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Namanya naik pun menerusi pertandingan realiti yang pernah popular di saluran Astro suatu ketika dulu.

Manakala si isteri pertama ialah seorang usahawan berjaya yang kaya.

Berdasarkan laporan berita si isteri pertama dan kedua itu nampaknya memang dah tak sudi dengan suami mereka. Masa hendak kahwin dulu pun agak kontroversi. Sekarang ini, macam mudah pula hendak berpisah.

Namun ia adalah hak masing-masing, kita sebagai pemerhati hanya mampu melihat sahaja. Kita tiada hak untuk mencampuri urusan mereka.

Sebenarnya, Merak Jalanan kadangkala pelik dengan sikap masyarakat yang berlebih-lebihan dalam memberikan reaksi sedangkan ia tidak diperlukan pun!

Jika dilihat komen-komen di media sosial, ramai netizen yang seperti melampaui batas dalam menghukum mereka.

Artikel Berkaitan:

Di alam nyata juga sebegitu apabila baru-baru ini Merak Jalanan yang ketika itu sedang menunggu nasi goreng USA sambil menghirup kopi suam di sebuah kafe, terdengar perbualan dua kakak yang duduk di meja belakang.

Terkedu sekejap Merak Jalanan apabila terdengar cerita mereka berdua yang bertengkar hingga bermasam muka selepas berbicara topik penceraian itu.

Moralnya janganlah kita terlalu emosi dengan kisah orang lain sebab jalan hidup setiap individu tidak sama. Lebih afdal, jadikan ia tauladan untuk memperbaiki hubungan sesama manusia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!