Hotel tawar harga bufet Ramadan RM290

Terdapat hotel di Lembah Klang yang menetapkan harga bufet Ramadan sehingga RM290 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak. Gambar hiasan 123RF
Terdapat hotel di Lembah Klang yang menetapkan harga bufet Ramadan sehingga RM290 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang Ramadan, banyak hotel akan menyediakan promosi bufet bagi berbuka puasa dan orang ramai mengambil peluang untuk menikmati pelbagai hidangan.

Berdasarkan satu hantaran mengenai senarai harga bufet Ramadan di Lembah Klang, terdapat hotel yang menetapkan harga sehingga RM290 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak.

Ia turut memaparkan kos berbuka puasa bagi dua kumpulan iaitu early bird serta harga normal membabitkan tiga kategori seperti dewasa, kanak-kanak dan warga emas.

Dalam pada itu, tawaran harga istimewa dan diskaun antara 15 hingga 20 peratus turut diberikan kepada mereka yang melakukan tempahan awal mengikut tarikh ditetapkan oleh pihak hotel.

Bagaimanapun, masih terdapat hotel yang menawarkan harga lebih rendah iaitu RM60 (dewasa), RM40 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan RM45 (warga emas).

Hantaran mengenai senarai harga bufet Ramadan di Lembah Klang, ada hotel menetapkan harga sehingga RM290 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak.
Hantaran mengenai senarai harga bufet Ramadan di Lembah Klang, ada hotel menetapkan harga sehingga RM290 bagi dewasa dan RM178 untuk kanak-kanak.

Senarai berkenaan mula tular sejak bulan lalu memandangkan umat Islam seluruh dunia dijangka menyambut Ramadan bermula 12 Mac.

Sementara itu, di ruangan komen orang ramai memberikan pandangan dan berkongsi pengalaman berbuka di hotel yang disenaraikan serta membuat perbandingan harga.

Artikel Berkaitan:

Ada yang berpendapat, menu yang ditawarkan di restoran lebih sedap berbanding hidangan di hotel dan murah tetapi bergantung kepada kemampuan individu.

Ramai juga mempersoalkan caj terlalu tinggi yang ditetapkan oleh pihak bufet tetapi berdasarkan pengalaman, ada yang mendakwa menu disediakan tidak setanding dengan harga.

Dalam pada itu, orang ramai turut meluahkan rasa bimbang sekiranya peningkatan kos untuk berbuka di hotel akan berlaku susulan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah dinaikkan kepada 8 peratus pada Jumaat lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!