Bezos 'rampas' semula kedudukan individu terkaya di dunia

JEFF BEZOS
JEFF BEZOS
A
A
A

WASHINGTON - Pengasas Amazon, Jeff Bezos merampas semula kedudukan sebagai individu terkaya di dunia pada Isnin, sekali gus menyingkirkan Elon Musk dalam Bloomberg Billionaires Index (BBI).

Menurut BBI, kekayaan bersih Bezos bernilai AS$200 bilion (RM946 bilion) dan mengatasi Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla sebanyak AS$198 bilion (RM936 bilion).

Bezos yang tidak lagi menerajui Amazon selepas menjual sahamnya bernilai AS$8.5 bilion (RM40 bilion), telah mendapat manfaat daripada kenaikan harga saham syarikat e-dagang itu baru-baru ini.

Musk yang mengetuai X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter dan Space X, telah menyaksikan kekayaannya merosot lebih daripada AS$30 bilion (RM141 bilion) apabila harga saham Tesla turun 25 peratus dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Sementara itu, pengasas LVMH, Bernard Arnault kekal di tempat ketiga dalam kedudukan individu terkaya di dunia yang bernilai AS$197 bilion (RM932 bilion). - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian:

Artikel Berkaitan: