MAIWP terima pelantikan Ahli MAIWP 2024-2026

MOHD NA'IM (duduk tengah) bergambar bersama barisan Ahli MAIWP yang baharu. Foto MAIWP
MOHD NA'IM (duduk tengah) bergambar bersama barisan Ahli MAIWP yang baharu. Foto MAIWP
A
A
A

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerima pelantikan Ahli MAIWP yang baharu bagi menggantikan Ahli MAIWP yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Pelantikan Ahli MAIWP gabungan tokoh, korporat dan teknokrat itu dibuat selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi tempoh 2024 hingga 2026.

Majlis Penyerahan Surat Pelantikan kepada Ahli MAIWP disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Isnin.

Mohd Na’im dalam majlis tersebut turut menyampaikan amanat kepada semua Ahli MAIWP dari pelbagai bidang dan kepakaran itu agar bersama-sama membantu melonjakkan prestasi perkhidmatan MAIWP ke aras yang lebih tinggi.

Turut hadir Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Setiausaha MAIWP merangkap Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Nizam Yahya.

Syed Kamarulzaman kini dilantik sebagai Pengerusi MAIWP bagi menggantikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar yang telah tamat tempoh perkhidmatan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff pula kekal sebagai Timbalan Pengerusi MAIWP bagi tempoh sama.

Artikel Berkaitan:

MOHD NA'IM (tengah) diiringi Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman (kiri) menyampaikan Surat Pelantikan kepada Ahli MAIWP, Datuk Hussamuddin. Foto MAIWP
MOHD NA'IM (tengah) diiringi Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman (kiri) menyampaikan Surat Pelantikan kepada Ahli MAIWP, Datuk Hussamuddin. Foto MAIWP

Senarai Barisan Ahli MAIWP 2024-2026

Pengerusi

Syed Kamarulzaman Syed Kabeer

Timbalan Pengerusi

Datuk Hakimah Mohd Yusoff

Ahli-Ahli

Datuk Awang Alik Jeman

Datuk Seri Azri Ahmad

Prof Madya Datuk Dr Lukman Abdullah

Datuk Kamarulzaman Mat Salleh

Datuk Dr Nooh Gadut

Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman

Datuk Hussamuddin Yaacob

Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir

Datuk Seri Amrin Awaluddin

Datuk Seri Yusof Ismail

Datuk Dayang Sadiah Abg Bohan

Datuk Mohammad S Ahmad

Lt Kol (K) Datuk Anwari Suri

Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman

Zuri Zabuddin Budiman

Prof Dr Rusni Hassan

Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim

Ustaz Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil

Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin

Datuk Mohd Ajib Ismail