Kehilangan terungkai, remaja perempuan ditemui maut dalam parit

Keadaan motosikal mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.
Keadaan motosikal mangsa yang ditemui di lokasi kejadian.
A
A
A

SABAK BERNAM - Tanda tanya kehilangan seorang remaja perempuan sejak minggu lalu terungkai apabila mayatnya dijumpai dalam parit selepas terbabas di Kilometer (KM) 54 Jalan Klang-Teluk Intan, Sungai Haji Dorani di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, mayat mangsa berusia 17 tahun itu ditemui bersama motosikal Yamaha Y15ZR ditunggangnya.

Menurut Agus Salim, kejadian itu disedari seorang peniaga yang melalui jalan berkenaan, kira-kira jam 11.15 pagi.

"Keluarga mangsa tampil membuat laporan polis menyatakan remaja itu keluar rumah untuk mengambil duit gaji di sebuah kafe di Sungai Air Tawar pada 25 Februari lalu.

"Mangsa menunggang motosikal milik kakaknya sebelum gagal dihubungi ahli keluarganya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Agus Salim memberitahu, orang awam yang menemui mayat mangsa kemudian menghubungi polis dan bomba untuk tindakan lanjut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang datang dari arah Sekinchan dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit

"Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Sabak Bernam bagi bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujar beliau.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28