Lelaki bertindak agresif di masjid alami kemurungan

Lelaki yang bertindak agresif di masjid berjaya dipujuk pihak polis dan jemaah.
Lelaki yang bertindak agresif di masjid berjaya dipujuk pihak polis dan jemaah.
A
A
A

TANGKAK - Lelaki yang dilaporkan bertindak agresif di Masjid Jamek, Bandar Tangkak sekitar jam 10.30 malam pada Ahad, didakwa mengalami kemurungan dan bercakap seorang diri sejak tiga hari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman, perkara tersebut dimaklumkan keluarga lelaki terbabit yang tinggal tidak jauh dari masjid berkenaan.

Idris berkata, lelaki berkenaan dipercayai mempunyai masalah mental hingga menyebabkannya bertindak sedemikian.

“Polis telah menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 18 tahun telah bertindak agresif dalam Masjid Jamek Bandar Tangkak.

“Satu kenderaan pelbagai guna (MPV) telah diarahkan ke lokasi bagi memberikan bantuan yang sewajarnya.

“Apabila tiba ke masjid tersebut, didapati seorang lelaki tempatan dalam keadaan tidak terkawal berada di ruang solat masjid berkenaan, namun setelah dipujuk oleh pihak polis dan ahli jemaah masjid, suspek berjaya dibawa keluar dan dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ahli keluarga mangsa berjaya dihubungi dan telah membawa suspek ke Hospital Tangkak bagi menerima rawatan kesihatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: