Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Menerusi kenyataan pada Isnin, kementerian itu memaklumkan jawatankuasa berkenaan akan meneliti terma rujukan penubuhan suruhanjaya melibatkan aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan.

"Satu laporan interim akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan," kata KESUMA.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Suruhanjaya Pekerja Gig ditubuhkan bagi melindungi hak pekerja yang kini sudah mencecah 1.12 juta rakyat, terutama dalam kalangan anak muda.

Suruhanjaya itu akan memberi keutamaan untuk memberikan keperluan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: