Piala Belia: Selangor FC Kumpulan A, JDT IV Kumpulan B

Selangor FC diundi dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 saingan kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) akan bermula pada 27 April depan.
Selangor FC diundi dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 saingan kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) akan bermula pada 27 April depan.
A
A
A

JUARA edisi 2023, Selangor FC diundi dalam Kumpulan A Piala Belia 2024 saingan kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) akan bermula pada 27 April depan.

Selangor yang menang 4-3 secara agregat ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) IV di perlawanan akhir untuk gelaran keempat diundi bersama-sama tiga pasukan dari pantai timur Kelantan FA, Kelantan United FC dan Sri Pahang FC.

Kuala Lumpur City FC, Sabah FC, Melaka FA, Negeri Sembilan FC dan Perlis United FC melengkapkan senarai Kumpulan A.

Naib juara lalu, Johor Darul Ta’zim IV diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Perak FC IV, Terengganu FC IV, Penang FC, Kedah Darul Aman FC, Akademi Mokhtar Dahari Bawah 16, PDRM FC dan Kuching City FC dan Touchtronics FC

Saingan peringkat kumpulan menggunakan format liga dua pusingan (timbal balik) dan akan berakhir pada Ogos sebelum Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir seterusnya separuh akhir dan final (timbal balik) yang akan berlangsung pada September dan Oktober.

Artikel Berkaitan: