Terjun Piala Dunia: Bertrand-Enrique duduki tempat ke-9 platform seirama

Bertrand-Enrique gagal menyerlah dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki apabila menduduki tempat kesembilan dalam Kejohanan Terjun Dunia Siri Pertama 2024 di Montreal, Kanada.
Bertrand-Enrique gagal menyerlah dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki apabila menduduki tempat kesembilan dalam Kejohanan Terjun Dunia Siri Pertama 2024 di Montreal, Kanada.
A
A
A

GANDINGAN penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold gagal menyerlah dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki apabila menduduki tempat kesembilan dalam Kejohanan Terjun Dunia Siri Pertama 2024 di Montreal, Kanada pada Ahad.

Bertrand-Enrique mengumpul 353.67 mata selepas enam pusingan terjun manakala Yang Hao-Lian Junjie dari China dinobatkan sebagai juara dengan meraih 457.23 mata dalam pertandingan yang berlangsung di Parc Olympique.

Gandingan dari Mexico Kevin Berlin Reyes-Randal Willards Valdez meraih perak dengan 428.97 mata dan pasangan Britain Noah Williams-Tom Daley mengumpul 417.93 mata meraih gangsa.

Semalam, Bertrand yang menyertai Sukan Olimpik 2024 memperoleh 389.85 mata untuk menduduki tempat ke-10 daripada 11 penerjun dalam acara akhir 10m platform lelaki.

Piala Dunia Terjun 2024 berlangsung dalam tiga siri.

Selepas Montreal, persaingan akan diadakan di Berlin dari 21-24 Mac diikuti dengan perlawanan akhir super di Xi’an, China dari 19-21 April depan. - Bernama

Artikel Berkaitan: