Sepupu Khabib kekal rekod bersih UFC

Umar kini melebarkan rekodnya kepada 17- 0 (5-0 UFC) dalam MMA. - Foto: Agensi
Umar kini melebarkan rekodnya kepada 17- 0 (5-0 UFC) dalam MMA. - Foto: Agensi
A
A
A

UMAR Nurmagomedov menjadikan pentas UFC sebagai platform untuknya bersuara tentang pembunuhan orang awam di Gaza.

Petarung dari Dagestani itu menyeru serangan ganas Israel ditamatkan selain menggesa bantuan kemanusiaan dihulurkan segera bagi membantu penduduk Palestin yang cedera dan kelaparan.

Sepupu kepada Khabib Nurmagomedov itu mengeluarkan gesaan tersebut ketika ditemu bual Daniel Cormier di dalam oktagon selepas mengalahkan petarung Kazakhstan, Bekzat Almakhan di UFC Fight Night pada Ahad.

"Hentikan genosid di Gaza. Ramai wanita dan kanak-kanak mati dan sedang menderita.

"Mereka kebuluran. Ramadan akan tiba dan situasi akan bertambah buruk," katanya yang bertarung dalam divisyen bantamweight.

Mengulas kemenangan ke atas Bekzat, Umar mengakui dia hanya berada pada tahap 50 peratus disebabkan isu kecederaan.

"Saya tidak mahu mencari alasan. Tetapi sekarang saya mahu UFC berikan saya Cory Sandhagen.

"Cory dan saya perlu bertarung kerana sebelum ini saya menarik diri kerana kecederaan bahu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Umar dan Sandhagen sepatutnya bertarung pada November tahun lalu, namun kecederaan bahu dan pembedahan memaksa umar menarik diri.

Kemenangan ke atas Bekzat menyaksikan Umar mengekalkan rekod bersih 17-0 dalam MMA (5-0 UFC).

Seperti diketahui, sepupunya Khabib telah bersara daripada MMA dengan rekod 29-0.

Manakala, adik lelaki Umar iaitu Usman yang beraksi di Bellator memiliki rekod 17-0 dalam MMA.