Masjid Bukit Antarabangsa berwajah baharu sambut Ramadan

Mohd Kamri (lapan dari kiri ) dan Mohd Mustafa (tujuh dari kiri) bergambar bersama kariah yang turut serta dalam gotong-royong perdana Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad.
Mohd Kamri (lapan dari kiri ) dan Mohd Mustafa (tujuh dari kiri) bergambar bersama kariah yang turut serta dalam gotong-royong perdana Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad.
A
A
A

HULU KELANG - Permaidani baharu dengan reka bentuk terkini dan lebih tebal bakal memberikan keselesaan buat 10,000 jemaah Masjid Bukit Antarabangsa di sini untuk menunaikan solat tarawih pada Ramadan kali ini.

Nazir Masjid Bukit Antarabangsa, Mohd Mustafa Zubir berkata, permaidani setebal 20 milimiter (mm) tersebut digantikan Januari lalu selepas lima tahun menggunakan karpet lama.

Menurutnya, penggantian tersebut hasil sumbangan orang ramai menerusi kutipan tabung yang dilancarkan.

Kontraktor KDEBWM yang turut serta dalam program gotong-royong perdana Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad.
Kontraktor KDEBWM yang turut serta dalam program gotong-royong perdana Masjid Bukit Antarabangsa pada Ahad.

"Sejumlah RM180,000 berjaya dikumpulkan dan turut digunakan untuk penambahbaikan lain di masjid berusia 15 tahun ini.

"Antaranya pemasangan pendingin hawa di bahagian koridor menggantikan kipas.

"Ia dapat berikan lebih keselesaan buat jemaah jika ruang solat penuh, " katanya ditemui pada program gotong-royong perdana bagi persiapan Ramadan di masjid berkenaan pada Ahad.

Program bermula jam 8 pagi itu dihadiri kira-kira 150 anak kariah dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohd Kamri Kamaruddin dan Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Rozmi Humaidi Zainal.

Artikel Berkaitan:

Mohd Mustafa (kanan) berkata sesuatu kepada salah seorang ahli kariah yang turut serta dalam program gotong-royong pada Ahad.
Mohd Mustafa (kanan) berkata sesuatu kepada salah seorang ahli kariah yang turut serta dalam program gotong-royong pada Ahad.

Acara tahunan itu juga disertai kontraktor pembersihan KDEB Waste Management Sdn Bhd yang turut serta membantu kerja-kerja pembersihan berkenaan.

Mohd Mustafa berkata, pada Ramadan kali ini, pihak masjid membuat sedikit kelainan apabila mengadakan qiamullail mingguan berbanding tumpuan pada 10 malam terakhir.

Ujarnya, qiamullail itu akan diadakan setiap Sabtu disusuli kuliah Subuh manakala pada 10 Ramadan terakhir, masjid akan beroperasi 24 jam untuk tujuan iktikaf.

Kariah wanita turut serta dalam aktiviti gotong-royong diadakan pada Ahad.
Kariah wanita turut serta dalam aktiviti gotong-royong diadakan pada Ahad.

"Kita jangka Ramadan kali ini lebih meriah kerana orang akan mengambil peluang mengimarahkan masjid selepas tiada lagi sekatan seperti berlaku ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Selain itu, program lain seperti tadarus, iftar dan moreh serta kuliah subuh akan diteruskan seperti kelaziman biasa sepanjang Ramadan ini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28