Ahli premium GM Klang nikmati harga istimewa hingga 70 peratus

Warga GM Klang pada GMK WOW DAY yang berlangsung pada Sabtu.
Warga GM Klang pada GMK WOW DAY yang berlangsung pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Ahli premium yang mendaftar di Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang berpeluang menikmati ganjaran istimewa dan diskaun sehingga 70 peratus menerusi program GMK WOW DAY.

Penolong Pengurus Komunikasi Jenama, Muhamad Sarhan Wasim Che Mud berkata, program daripada singkatan GM Klang Wholesale on Weekend Day itu akan berlangsung setiap bulan bermula Mac pada hujung minggu pertama (Sabtu dan Ahad).

Muhamad Sarhan menunjukkan aplikasi GM Klang yang telah beroperasi setahun lalu.
Muhamad Sarhan menunjukkan aplikasi GM Klang yang telah beroperasi setahun lalu.

Menurutnya, menerusi program itu, ahli premium dapat membeli pelbagai produk yang ditawarkan oleh kedai-kedai yang mengambil bahagian dengan harga istimewa jauh lebih rendah daripada harga biasa atau secara dalam talian.

"Lebih menarik mereka juga akan mendapat e-baucar bernilai RM10 untuk setiap perbelanjaan RM100 di mana-mana kedai terpilih menerusi ‘GMK WOW Voucher’.

"Mereka juga akan menikmati 12 kali parkir percuma untuk setahun dan mendapat akses GMK WOW DAY pada hari ini dan Ahad," katanya pada program GMK WOW DAY di GM Klang yang berlangsung pada Sabtu.

Muhamad Sarhan pada GMK WOW DAY yang berlangsung pada Sabtu.
Muhamad Sarhan pada GMK WOW DAY yang berlangsung pada Sabtu.

Pada program tersebut, pengguna premium yang membuat pembelian sebanyak RM200 ke atas di kedai terpilih akan berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah keseluruhan bernilai RM5,000.

Artikel Berkaitan:

Antaranya rantai emas, skuter elektrik dan set luggage serta perkakasan dapur.

Beliau berkata, program itu merupakan lanjutan daripada pelancaran aplikasi berkenaan setahun lalu bagi menghargai pelanggan yang setia membeli-belah di pusat borong itu.

Katanya, GMK WOW DAY menawarkan potongan harga antara 10 peratus hingga 70 peratus bagi barangan terpilih.

"Pada hari ini, kami tawarkan diskaun barangan terpilih termasuk top 10 best seller GM Klang.

"Pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli premium boleh muat turun aplikasi GM Klang dan membuat langganan kepada premium yang dikenakan pembayaran RM15 bagi menikmati manfaat seperti di atas," katanya.