Lewandowski lebih hebat daripada Messi, Ronaldo

Lewandowski
Lewandowski
A
A
A

TONGGAK Barcelona, Robert Lewandowski muncul penyerang terbaik dan penjaring gol terbanyak di Eropah dengan 407 gol daripada 478 perlawanan dalam tempoh 10 tahun mengikut data daripada Transfermarkt.

Banyak kejayaannya datang semasa beraksi di Bundesliga bersama Bayern Munich apabila memenangi anugerah penjaring terbanyak lima tahun berturut-turut, termasuk kempen 2020-21 menjaringkan 41 gol dalam liga.

Lionel Messi pula berada pada kedudukan kedua dalam senarai itu dengan 377 gol dalam 458 perlawanan untuk Barcelona dan PSG.

Cristiano Ronaldo menjadi pemain ketiga paling tajam di Eropah dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang dekad yang lalu.

Penyerang Al Nassr itu telah bermain 406 perlawanan dalam lima liga terbaik Eropah tempoh 10 tahun lepas, menjaringkan 350 gol yang mengagumkan ketika dia mengecap kejayaan bersama Real Madrid, Manchester United dan Juventus.

Keempat dalam senarai itu ialah kapten England, Harry Kane, yang meledak banyak gol untuk Tottenham dan meneruskan prestasi cemerlangnya bersama Bayern selepas menyertai kelab itu musim panas lalu.

Kane telah menjaringkan 309 gol dalam 453 perlawanan, 38 gol di hadapan Kylian Mbappe, yang telah bermain 352 perlawanan.

Di bawah Mbappe ialah bekas rakan sepasukan antarabangsa penyerang itu, Karim Benzema dengan 257 gol diikuti bekas pemain Arsenal, Chelsea dan Barcelona, ​​Pierre-Emerick Aubameyang dengan 256 gol dalam 430 perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan Luis Suarez masing-masing berada di tempat kelapan dan kesembilan dengan 250 dan 241 gol, manakala Ciro Immobile menduduki tempat kesepuluh dengan 239 gol dalam 409 perlawanan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28