Ringgit lemah diharap beri kelebihan pelancong asing berbelanja

Rosmawati (kiri) ketika menyampaikan cenderamata kepada Khairul Firdaus selepas merasmikan majlis penutupan Forum Perniagaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.
Rosmawati (kiri) ketika menyampaikan cenderamata kepada Khairul Firdaus selepas merasmikan majlis penutupan Forum Perniagaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Fenomena mata wang ringgit yang lemah ketika ini diharap memberi kelebihan kepada negara untuk menggalakkan pelancong asing berkunjung dan seterusnya berbelanja di Malaysia.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan mempunyai pandangan yang positif dalam sektor pelancongan walaupun berlaku penyusutan nilai mata wang ringgit ketika ini.

"Saya hanya bincang berkaitan dengan sektor pelancongan apabila ringgit lemah ia akan memberi kesan terus kepada masyarakat terutamanya rakyat tetapi di satu pihak pula ia memberi keuntungan kepada pelancong luar negara yang mungkin ada kelebihan terutama kepada industri kita.

"Bila kita bercakap tentang industri pelancongan dengan ringgit yang lemah, sudah semestinya ramai pelancong luar sana akan berbelanja dan kita harap perbelanjaan itu benar-benar terjurus kepada masyarakat kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Forum Perniagaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesan kenaikan caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lapan peratus dalam industri pelancongan negara.

"Saya tidak akan sentuh berkaitan pelaksanaan SST tetapi paling jelas ringgit dalam keadaan yang lemah setakat ini," katanya.

Sehubungan itu, jelasnya lagi jika pelancong luar melihat Malaysia adalah sebuah negara yang indah dan mempunyai kuasa membeli yang besar sudah tentu mereka akan terus berbelanja di negara ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: