China akan lancar dua kapal angkasa bermanusia Shenzhou tahun ini

China akan melaksanakan dua misi utama projek angkasa lepas bagi tahun 2024. Foto Agensi
China akan melaksanakan dua misi utama projek angkasa lepas bagi tahun 2024. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - China akan terus memperjuangkan matlamat mengharumkan nama negara di persada dunia melalui pelaksanaan dua misi utama projek angkasa lepas bagi tahun 2024, menurut maklumat Pejabat Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China pada Khamis.

Misi utama itu dilaksanakan untuk menyelaraskan dan menggalakkan aplikasi dan pembangunan Stesen Angkasa Lepas China serta penerbangan bermanusia bagi penerokaan Bulan.

Dua misi utama berkenaan merangkumi dua kali penerbangan bermanusia dan dua kali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik.

Antara yang sudah berjaya diselesaikan, termasuk sekali penerbangan kapal angkasa kargo untuk bekalan bahan logistik yang dijalankan Tianzhou-7 pada Januari lepas.

Sementara itu, dua lagi penerbangan bermanusia yang belum disempurnakan akan dijalankan oleh Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 secara berturut-turut serta sekali penerbangan kapal angkasa kargo yang bakal dijalankan Tianzhou-8.

Kru kapal angkasa yang terpilih untuk kedua-dua misi penerbangan bermanusia tersebut dilaporkan sedang menjalani latihan berkenaan.

Pada masa ini, kru kapal angkasa Shenzhou-17 yang sedang bertugas di Stesen Angkasa Lepas China berada dalam keadaan fizikal dan mental yang baik dan dijadualkan kembali ke Bumi pada akhir April.

Kini fasa penyelidikan dan pengeluaran sampel sedang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk dua misi penerbangan utama seperti roket pembawa Long March 10, kapal angkasa lepas bermanusia generasi baharu yang bernama Mengzhou, prob Bulan generasi baharu yang bernama Lanyue, sut pendaratan Bulan dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, pembinaan pelbagai kemudahan dan peralatan bagi ujian pelancaran yang menyokong misi pendaratan Bulan akan dimulakan di pusat pelancaran Wenchang dan kerja-kerja penyelidikan serta pengeluaran yang berkaitan dengan pelbagai sistem berkenaan sedang dijalankan mengikut jadual. - Bernama-CMG

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28