Berdepan kes saman, Hun Haqeem terkejut rahsia terdedah

Hun Haqeem, David Teo
Hun Haqeem, David Teo
A
A
A

BINTANG yang semakin meningkat naik, Hun Haqeem mengakui terkejut apabila kes saman akibat pelanggaran kontrak melibatkan dirinya dengan bekas syarikat pengurusan, Metrowealth International Group (MIG) didedahkan kepada umum selepas hampir empat tahun.

Jelas pemuda berusia 26 tahun itu, dia pada mulanya enggan memberi sebarang komen berkaitan kes berkenaan kerana berpegang kepada prinsip.

“Saya terkejut juga kerana kes ini dah berjalan sejak 2020. Semasa pusingan pertama, keputusan memihak kepada saya dan ketika itu saya juga tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan atas sebab ia berbalik kepada matlamat saya untuk menjaga nama baik industri.

"Kini, apabila ia tiba-tiba keluar, saya jadi tertanya-tanya kenapa ia muncul semula?" katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2024 pada Khamis.

Meskipun terkilan, pemilik nama penuh Haqeem Hermy itu berharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan bagi memastikan kesihatan mentalnya terjaga.

“Semasa di mahkamah, kalau David ada, saya akan salam. Saya okay sahaja dengan dia. Lagipun, industri ini kecil sahaja dan saya percaya kami akan selalu berjumpa, jadi saya nak selesaikannya dengan baik.

“Sejak awal, saya turut apa sahaja perintah mahkamah walaupun jadual saya agak sibuk. Saya tak pernah mengelak,” jelasnya.

Sebelum itu, David Teo mendedahkan Hun diperintahkan untuk membayar sejumlah ganti rugi berjumlah RM613,950 kepada MIG selepas menarik diri daripada terus bernaung di bawah syarikat penerbitan itu walaupun masih dalam tempoh kontrak.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Hun Haqeem turut dilantik sebagai Duta Kempen Ramadan dan Raya Astro 2024, bakal meraikan anak-anak yatim dan komuniti setempat di beberapa negeri terpilih dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi menyampaikan mesej positif.

Selain Hun, duta-duta lain yang turut dilantik ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.