88 disaman pandu laju di lebuh raya

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor serta Polis Bantuan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Plaza Tol Skudai menghala arah selatan dan susur Senai Utara pada Rabu. (Gambar kecil: Mohd Azman)

A
A
A

KUALA LUMPUR - Menguji kelajuan kenderaan dan gangguan emosi antara alasan pemandu yang ditahan dalam Op Bersepadu Luaran Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 3 dekat Plaza Tol Skudai menghala arah selatan dan susur Senai Utara, Johor Bahru pada Rabu.

Itu antara kesalahan dikesan melibatkan pemanduan melebihi had laju ditetapkan yang merekodkan saman tertinggi dalam operasi berkenaan.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor serta Polis Bantuan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bermula kira-kira jam 8 malam sehingga jam 11.30 malam.

Anggota polis memeriksa sebuah bas dalam Op Bersepadu Luaran Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 3 dekat Plaza Tol Skudai menghala arah selatan dan susur Senai Utara di sini pada Rabu.
Anggota polis memeriksa sebuah bas dalam Op Bersepadu Luaran Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Selatan 3 dekat Plaza Tol Skudai menghala arah selatan dan susur Senai Utara di sini pada Rabu.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Mohd Sapri berkata, sebanyak 166 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dalam operasi berkenaan.

"Kesalahan tertinggi dicatatkan melibatkan pandu laju melebihi had sebanyak 88 saman, tiada lesen (11), cukai jalan tamat tempoh (12) dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (37).

"Selain itu, enam saman melibatkan kesalahan tiada alat pemadam api, tiada segi tiga keselamatan (3), penggunaan lampu tidak mengikut spesifikasi (5) dan tiada cermin sisi (4)," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi sama turut melibatkan saman dan tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Malaysia Johor.

Artikel Berkaitan:

Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi dijalankan pada Rabu.
Antara kenderaan yang diperiksa dalam operasi dijalankan pada Rabu.

"Sebanyak 253 saman dikeluarkan oleh JPJ Johor melibatkan pelbagai kesalahan terutamanya kenderaan berat termasuk lapan buah lori.

"Selain itu, tangkapan PATI turut dijalankan pihak Imigresen melibatkan seramai 27 individu terdiri daripada warga Pakistan, Indonesia, India, Myanmar dan Bangladesh," katanya.

Menurutnya, operasi ini bertujuan memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

"Pematuhan aspek undang-undang jalan raya antara objektif utama operasi ini selain sebagai usaha dalam mencegah jenayah.

"JSPT akan terus komited dalam melaksanakan penguatkuasaan serta advokasi bagi melahirkan pengguna yang patuh terhadap undang-undang lalu lintas," katanya.