Maqis rampas 18 tan daging babi import

Maqis Johor merampas 18 tan daging babi di Pelabuhan Pasir Gudang, pada Rabu. - Foto Maqis
Maqis Johor merampas 18 tan daging babi di Pelabuhan Pasir Gudang, pada Rabu. - Foto Maqis
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor merampas 18 tan daging babi bernilai RM300,000 di Pelabuhan Pasir Gudang, pada jam 6 petang, Rabu.

Pengarahnya, Tuan Edie Putra Md Yusof berkata, 772 kotak daging babi yang diimport dari negara Denmark itu didapati mempunyai dokumen penyembelihan yang mengelirukan.

"Daging babi yang dimuatkan dalam sebuah kontena telah diperiksa. Hasil pemeriksaan pada dokumen didapati hanya satu rumah penyembelihan yang diikrarkan pada permit import Maqis.

"Bagaimanapun di dalam kontena dan sijil kesihatan terdapat tiga buah rumah penyembelihan yang diikrarkan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, ejen penghantaran dan pengimport berusia lingkungan 30-an telah diambil keterangan dan dilepaskan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," ujarnya.

Artikel Berkaitan: