MPKu sedia pertambahan penduduk, lancar logo sambutan ulang tahun

Mohd Fahmi melancarkan logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.
Mohd Fahmi melancarkan logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.
A
A
A

KULAI - Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) sedang melakukan persediaan peningkatan penduduk di daerah ini yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 15 tahun ini.

Yang Dipertua MPKu, Mohd Fahmi Salam berkata, antara persediaan itu melibatkan beberapa projek pembangunan berskala besar termasuk hartanah dan perumahan yang sedang dibangunkan di sini.

Beliau memberitahu, ketika ini terdapat 330,000 penduduk di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut.

"Kita tidak terlalu memikirkan untuk menukar taraf MPKu kepada majlis bandar raya, sebaliknya kita akan belajar dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) untuk meningkatkan perkhidmatan.

"Bersemangat dengan sambutan ulang tahun ke-20 MPKu tahun ini, kita mahu tingkatkan perkhidmatan yang diberi kepada penduduk setempat termasuklah mereka yang menjalankan perniagaan di sini," katanya.

Beliauy berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Logo Sambutan 20 Tahun MPKu di sini pada Khamis.

Mohd Fahmi menyampaikan saguhati kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena pelancaran logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.
Mohd Fahmi menyampaikan saguhati kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sempena pelancaran logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.

Mohd Fahmi berkata, antara kriteria diperlukan untuk mendapatkan penarafan sebuah majlis bertaraf bandar raya adalah dengan memiliki kepadatan penduduk seramai 500,000 orang.

Artikel Berkaitan:

Berkenaan sambutan ulang tahun perbandaran yang ke-20 pada April ini, beliau berkata, MPKu melancarkan logo sambutannya pada Khamis yang bertemakan Mampan dan Sejahtera.

"Logo sambutan 20 tahun MPKu ini mengetengahkan angka 20, 'buble talk', origami kapal terbang serta warna rasmi bendera negeri Johor iaitu merah, biru dan putih.

"Setiap warna memberikan maksud yang tersendiri juga melambangkan perkhidmatan yang diberikan oleh MPKu di mana tertubuhnya perbandaran Kulai selama 20 tahun sejak diisytiharkan sebagai PBT bertaraf perbandaran," katanya.

Katanya lagi, sambutan 20 tahun MPKu itu diadakan bagi menzahirkan manifestasi perbandaran dalam merangka pembangunan yang menjadikan daerah ini mapan dalam setiap aspek perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat serta menaikkan taraf kualiti kehidupan.

Pelbagai pencapaian ujarnya, diperoleh PBT tersebut antaranya Bandar Rendah Karbon, Anugerah Bandar Mampan, Kulai Bandar Bahagia dan Anugerah Bandar Pintar Malaysia.

Mohd Fahmi menyampaikan saguhati kepada ahli majlis sempena pelancaran logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.
Mohd Fahmi menyampaikan saguhati kepada ahli majlis sempena pelancaran logo sambutan ulang tahun perbandaran kali ke-20 di Bangunan MPKu, Kulai pada Khamis.

Tambah beliau, pelbagai program dirangka sempena sambutan tersebut sepanjang tahun ini seperti Program Berbasikal Sempena 20 Tahun MPKu, Larian Denai Gunung Pulai, Jelajah Orang Muda Johor, Acara Sukan dan Rekreasi, Malam Munajat dan Kulai Berselawat.

Terdahulu ketika berucap daalam mesyuarat bulanan MPKu, Mohd Fahmi berkata, pencapaian kewangan PBT tersebut sepanjang Januari lalu mencatatkan RM26.797 juta berbanding RM23.121 juta bagi tempoh yang sama pada Januari tahun lalu.

"Laporan prestasi Januari 2024 memberikan petunjuk positif dengan terimaan hasil bulanan 2024 berbanding 2023 berada dalam kedudukan terbaik untuk mendapati unjuran pencapaian kewangan MPKu.

"Terimaan Januari 2024 ini bersamaan 18.97 peratus daripada anggaran hasil sebanyak RM141 juta bagi tahun 2024," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!