Leather Purple serlahkan kehebatan prestasi dan gaya vivo Y100 5G

No Image Caption
A
A
A

Selepas tampil dengan telefon pintar flagship mereka Siri X100 pada awal tahun 2024 ini, kini vivo Malaysia bakal memperkenalkan pula peranti pintar kelas pertengahan dalam Siri Y iaitu Y100 5G yang bukan calang-calang juga.

Dengan mensasarkan segmen pengguna dalam kalangan belia dan remaja, pastinya Y100 5G ini mementingkan elemen keseronokan dan hiburan sesuai dengan tagline “That’s Y100 Fun”.

Peranti pintar yang dinaik taraf

No Image Caption



Kemunculan vivo Y100 5G ini pastinya disertakan dengan penampilan dan penaik tarafan daripada segi prestasi dan persembahannya berbanding vivo Y78 yang sudah berada di pasaran tahun lalu.

Paling ketara adalah rekaannya yang tampak berbeza dengan tiada lagi elemen skrin melengkung dan bingkai badan yang rata.

Warna ungu untuk gaya keunggulan

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Leather Purple pula diangkat sebagai warna tema untuk vivo Y100 5G yang memberikan suatu gaya dan penampilan yang lebih menarik untuk menggamit minat para penggunanya. Selain itu vivo Y100 5G ini turut warna lain iaitu Crystal Black.

No Image Caption

Skrin sangat cerah, kadar penyegaran 120Hz

Siri Y100 5G ini menggunakan paparan skrin AMOLED seluas 6.67-inci HD penuh dengan kadar penyegarannya pula 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 1,200 nits. Bagi memperkemaskan aspek keselamatan dan privasi pengguna, fungsi pengimbas cap jari juga turut dipasang di dalam skrin.

Prestasi hebat dengan cipset Snapdragon 4 Gen

Bagi memastikan peranti pintar ini dapat memberikan kepuasan daripada segi prestasi dan persembahan, vivo Y100 5G telah dikuasakan cipset Snapdragon 4 Gen 2 4nm. Manakala untuk penyimpanan data pula vivo Y100 5G dilengkapkan dengan RAM LPDDR4X seluas 8GB serta storan dalaman UFS 2.2 sebesar 256GB pada harga hanya RM1199. Kad mikroSD diterima sehingga 1TB untuk meluaskan storan.

Kamera hebat untuk keseronokan

vivo Y100 5G ini dilengkapi dengan kamera hadapan 8MP F2.0 untuk berswafoto manakala kamera belakang pula menawarkan kamera utama 50MP F1.8 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2. Lensa ketiga dimuatkan dengan ‘Flicker Sensor’.

No Image Caption

Bateri dengan pengecasan pantas 80W

Bagi memastikan para pengguna dapat menikmati pengalaman hiburan dan penggunaan jangka masa lebih lama, vivo Y100 5G ini disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Keupayaan mengecasnya pula dipertingkatkan kepada 80W, menerusi USB-C. vivo memberi jaminan bahawa kapasiti bateri akan kekal melebihi 80 peratus selepas 4 tahun digunakan.

Sistem operasi FunTouch OS 14, berasaskan Android 14 digunakan oleh vivo Y100 5G. Sistem bunyi pula dikuasakan dengan 3D dual speaker audio bagi memastikan para pengguna muda dapat menikmati pengalaman audio yang lebih mengujakan.

Siri vivo Y100 5G ini dijangka akan mula dijual pada 28 Februari ini pada harga hanya RM1,199 dan terdapat hadiah percuma bernilai lebih RM298 (percuma earbuds vivo terpilih dan jaminan lanjutan vivo Care 1+1).

No Image Caption

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk vivo Y100 5G.