Lelaki dikehendaki polis dicekup ketika sekatan jalan raya

Individu berstatus dikehendaki ditahan dalam operasi yang dijalankan berdekatan Plaza Tol Bukit Teratai di sini pada Selasa.
Individu berstatus dikehendaki ditahan dalam operasi yang dijalankan berdekatan Plaza Tol Bukit Teratai di sini pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Seorang individu dikehendaki polis diberkas dalam sekatan jalan raya yang dijalankan berdekatan Plaza Tol Bukit Teratai di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek diberkas dalam operasi yang dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya kira-kira jam 6 petang.

"Suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu mulanya dilihat menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan.

"Semakan lanjut yang dijalankan mendapati suspek berstatus dikehendaki di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Operasi yang dijalankan itu melibatkan pemeriksaan seramai 62 individu dan kenderaan pada Selasa.
Operasi yang dijalankan itu melibatkan pemeriksaan seramai 62 individu dan kenderaan pada Selasa.

Katanya, suspek kemudiannya dibawa balik ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Azam berkata, operasi yang dijalankan itu melibatkan pemeriksaan seramai 62 individu dan kenderaan.

"Sebanyak 49 keping saman telah dikeluarkan bagi kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan pelbagai kesalahan lain.

Artikel Berkaitan:

"Operasi sama turut menyita 10 kenderaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama," katanya.