United tak jadi jual Antony harga rugi

Antony
Antony
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag yakin Antony mampu bangkit dan mempamerkan aksi terbaiknya berdasarkan pengalamannya sebelum ini menguruskan pemain sayap Brazil itu di Ajax.

Antony masih gagal untuk menembusi kesebelasan utama pasukan pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi Ten Hag berkata, pemain berusia 24 tahun itu mempunyai keupayaan hebat.

"Saya tahu dia tidak dapat dihalang berdasarkan pengalaman sebelum ini.

“Tiada pemain pertahanan boleh menghalangnya kerana dia antara pemain terpantas dalam 10 ela pertama. Apabila dia bermain, dia akan dapat beraksi dengan baik.

“Saya sangat yakin dia akan melakukannya untuk masa depan. Dia tabah, dia akan melawan. Saya menyokongnya dan dia kini perlu menunggu peluangnya dan sebaik sahaja dia berada di sana, dia perlu mengambilnya,” katanya.

Ten Hag berkata demikian menjelang perlawanan pusingan kelima Piala FA pada Khamis menentang Nottingham Forest, dengan United sedang berusaha untuk bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Fulham dalam Liga Perdana.

Sebelum ini, media melaporkan United sedia menjual pemain itu separuh harga pada jendela perpindahan selepas gagal untuk berada pada tahap terbaik kariernya.

Piala FA mewakili harapan terakhir United yang realistik untuk memenangi trofi musim ini, dengan Ten Hag sedar tentang jangkaan kelab.

Artikel Berkaitan:

United juga akan menentang Manchester City pada hari Ahad dan kekalahan akan menjejaskan usaha mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Apabila anda tidak tewas pada Januari dan Februari dan anda tewas satu perlawanan. Kami tahu matlamat kami adalah untuk memenangi setiap perlawanan, di United anda perlu memenangi setiap perlawanan,” kata Ten Hag.