Tengku Zafrul perjelas pertikaian mengenai pelaburan diumum PM

Tengku Zafrul
Tengku Zafrul
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menjawab persoalan orang ramai yang mempertikaikan tentang pelaburan RM329.5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Beliau berkata, ramai yang hanya gemar baca tajuk video tapi tidak melihat video yang pernah dimuat naik sebelum ini.

“Komen yang banyak kita terima, ALLAH...ni baru umum je satu sen pun belum masuk Malaysia lagi.

"Dalam video sebelum ini saya dah pernah kata, 85 peratus projek perkilangan yang diluluskan pada 2021dan 2022 telah dilaksanakan.

“Manakala 50.1 peratus projek yang diluluskan pada tahun 2023 telah dilaksanakan.

“Tapi di ruang komen video yang sama masih banyak juga orang yang tanya banyak mana pelaburan yang telah dilaksanakan,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Katanya, dalam video berkenaan telahpun dijelaskan projek perkilangan akan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan bergantung kepada kompleksiti sesuatu projek.

“Kalau pelaburan tu lulus bukan esok dah boleh buka kilang, nak kena beli tanah,nak kena bina kilang, nak beli lagi dan pasang peralatan yang kompleks dan juga besar.

Artikel Berkaitan:

“Macam orang selalu kata, kalau hari ini nikah takkan esok nak terus dapat anak. Kita nak beli rumah pun kadang-kadang lebih dua tahun baru dapat kunci,” ujarnya.

Tengku Zafrul berkata, namun terdapat beberapa syarikat yang berjaya siapkan projek dalam tempoh kurang 18 bulan sebagai contoh Enovix, Ferro Tech dan Ultra Clean Technology.

“Kesimpulannya pelaburan yang diluluskan telah nampak hasilnya 85 peratus pelaksanaan bagi projek pada 2021 hinggalah tahun 2022, 50 peratus pelaksanaan untuk projek tahun 2023.

“Malah ada syarikat yang berjaya siapkan kilang lebih awal daripada tempoh purata pembinaan 18 hingga 24 bulan.

“Insya-ALLAH kita di MITI dan MIDA akan berusaha meningkatkan kadar pelaksanaannya,” jelasnya.