Sun-hong pengendali sementara Taegeuk Warriors

Sun-hong Foto: AFP, Klinsmann Foto: AFP)
Sun-hong Foto: AFP, Klinsmann Foto: AFP)
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Korea (KFA) memilih Hwang Sun-hong, pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23), sebagai ketua jurulatih sementara skuad kebangsaan bagi membuat persiapan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan, badan penasihat KFA, giat mencari pengganti selepas memecat Jurgen Klinsmann selepas Taegeuk Warriors tersingkir di separuh akhir Piala Asia.

Sun-hong, 55, mengemudi skuad B-23 meraih emas dalam Sukan Asia Hangzhou 2022, dan merupakan anggota skuad Piala Dunia 2002 yang mara ke separuh akhir di bawah bimbingan jurulatih Belanda, Guus Hiddink.

KFA sebelum itu memecat Klinsmann berikutan kekalahan Korea Selatan di separuh akhir Piala Asia yang melanjutkan kemarau 64 tahun Taegeuk Warriors untuk gelaran ketiga.

Korea Selatan diundi dalam Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bersama Thailand, China dan Singapura - memimpin kumpulan dengan enam mata hasil dua perlawanan.

Thailand akan menjadi ujian pertama buat Sun-hong apabila kedua-dua pasukan berentap di Stadium Piala Dunia Seoul pada 21 Mac.

Artikel Berkaitan: